...

...

Tuesday, 25 May 2010

S.H.A.H.I.R.O.H.S.H.A.H.I.R


Kuat betul penangan si Shahir ni. X pasal2 Izza minat ngan dak cik ni.... Dulu layan gak AF tapi kali yang die hard ar.... Walaupun orang kata Shahir ni muka segak tapi pada Izza suara dia memang jantan habis... Cair kot... Izza ingat lagi masa AF2 dulu pun Izza ada minat kat Kaer... Suara dia sedap sangat... Alih2 dapat suami muka persis Kaer muah2.... Syukur alhamdulillah.... Mintak2 la kalau dapat baby nanti (insyallah.. Doa2 la) muka+perangai+bakat+suara persis Shahir... Sejuk perut... Cehh perasan ar pulak tapi tak slahkan kalau kita impikan sesuatu yang indah dan sejuk mata memandangkan.... Ya Allah kau kabulkanlah permintaan hambamu ini.. Aminnnnn

Dan untuk semua peminat Shahir yang masih tercari2 lagi lirik lagu dia ni ha nyanyi la puas2!! Tapi Izza tak pernah puas pun dengar lagu dia.. So sweet.....



LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan



**tengah contact fanclub tuk gathering ShahirFC... Semangat ni maklum la orang kampung@kampar**

2 comments: